Banjarmasin,
Kubur seorang lelaki digali kembali oleh pihak keluarga kerana diyakini mayat
dalam kubur tersebut masih hidup. Lelaki yang telah dikubur 8 jam itu
dipercayai bernama Yadi, warga Kelurahan Kelayan Selatan, Banjarmasin Selatan,
Kalimantan Selatan.
Setelah
dikeluarkan dari kuburnya, jasad Yadi yang terbungkus kain kafan dibawa ke RS Banjar baru. dokter setempat menyatakan lelaki bernama
Yadi berselimut kain kafan itu sudah meninggal. Oleh kerana tidak yakin, pihak
keluarga membawa Yadi pulang ke rumah.
Penduduk
setempat datang untuk melihat Yadi. Satu keanehan terjadi, walaupun
tidak bergerak dan bernafas, tubuhnya masih hangat bahkan mengeluarkan peluh.
Beberapa agama dipercayai ‘ustaz’ yang datang menyatakan ada
tanda-tanda mangsa, Yadi masih lagi bernyawa.
Walaupun
Yadi dikatakan telah meninggal dunia akibat lemas di sebuah sungai. Keluarganya
menemui Yadi dalam keadaan ‘tidak bernyawa’ kerana sudah 10 minit lemas. Ketika
dibawa ke Hospital Ulin, pihak doktor mengatakan Yadi sudah meninggal.
Selanjutnya
keluarga telah menyemadikan Yadi.
Pada
malam harinya, isteri Yadi berasa ‘tidak sedap’ dan meminta agar kubur suaminya
Yadi digali semula kerana dirinya percaya suaminya itu belum meninggal. Pihak
keluarga yang mendengar keluhan isteri Yadi lalu sepakat menggali semula kubur
Yadi. Kini, rumah Yadi terus didatangi warga yang mendengar cerita ini.
Lihat video
Sumber
:
http://anehcuy.blogspot.com/2012/08/mayat-dalam-kubur-digali-dan-hidup.html#ixzz2TLSTBKfu
0 komentar:
Posting Komentar