Ungkapan Hikmah 1
Seorang ahli hikmah pernah berkata:"Ku persembahkan untukmu yang sedang dalam keraguan, ketahuilah bahawa:Pertanyaan membimbing seseorang untuk mendapatkan jawapan,
Keraguan membimbing orang kepada keyakinan,
Kegoncangan merupakan pendahuluan dari ketetapan.
Jangan anda bimbang apabila anda meragukan sesuatu. Cuma yang harus dikesalkan apabila orang meragukan sesuatu tetapi tidak mentelaah keraguan itu.
Sebab,keyakinan yang tanpa didahului oleh keraguan, adalah keyakinan yang akan berakhir dengan ragu.
Keyakinan yang kukuh ibarat sebatang tiang dari sebuah bangunan, goyanglah terlebih dulu untuk memastikan kekukuhannya, sebelum angin dan taufan datang melanda. Setelah itu tetapkanlah pendirianmu".
Ungkapan Hikmah 2
Lima gelap dan lima terang:Abu Bakar As-Siddiq berkata:"Gelap itu ada lima dan pelita baginya ada lima, iaitu cinta kepada dunia adalah gelap, maka pelitanya adalah taqwa; dosa adalah gelap, pelitanya adalah taubat; kubur adalah gelap, pelitanya adalah bacaan Laa ilaaha illallaah Muhammadur Rasulullah; akhirat adalah gelap, pelitanya adalah amal soleh; dan jambatan di atas neraka adalah gelap, pelitanya adalah yaqin."
Ungkapan Hikmah 3
Berkata Malik bin Dinar:"Kamu harus menahan diri dari tiga perkara dengan tiga perkara, barulah kamu masuk ke dalam golongan orang-orang mukmin, iaitu sombong hendaklah kamu tahan dengan tawadhuk, tamak hendaklah kamu tahan dengan qanaah, dan dengki hendaklah kamu tahan dengan nasihat".
Ungkapan Hikmah 4
Ibrahim bin Adham ketika ditanya oleh seseorang:"Bagaimana caranya ia mempunyai sifat zuhud?" Maka ia menjawab: "Aku mendapatkan sifat zuhud dengan 3 perkara, iaitu aku melihat kubur sungguh sepi dan tidak ada penghibur yang akan ikut bersama denganku, aku melihat jalan yang sangat panjang akan tetapi tidak ada suatu bekalpun yang aku bawa, dan aku melihat Yang Maha Perkasa sebagai hakim, maka tidak ada alasan yang akan dapat membelaku".Ungkapan Hikmah 5
Ketika ditanya kepada Ahnaf bin Qais: "Apakah pemberian yang paling baik untuk diberikan kepada seseorang?" Ahnaf menjawab: "Akal ghazirah", ditanya lagi:"Jika tidak ada?" Ahnaf menjawab:"Adab yang baik", ditanya lagi:"Jika tidak ada?" Ahnaf menjawab:"Sahabat yang selalu menolong", ditanya lagi: "Jika tidak ada?" Ahnaf menjawab: "Hendaklah memperbanyakkan diam", ditanya lagi:"Jika tidak ada?" Ahnaf menjawab:"Hendaklah mati dengan segera".
Ungkapan Hikmah 6
Sufian Suri Berkata:" Setiap perbuatan maksiat yang datangnya dari hawa nafsu, maka ada harapan untuk mendapatkan keampunan dan setiap perbuatan maksiat dari sifat sombong, maka tidak ada harapan untuk diampuni, kerana maksiat yang dilakukan oleh iblis asalnya dari sifat sombong, sedangkan kesalahan Nabi Adam a.s. asalnya dari hawa nafsu".
Ungkapan Hikmah 7
Sebahagian ahli hikmah berkata:
"Barangsiapa yang tidak takut kepada Allah, maka lidahnya tidak akan selamat dari mengucapkan perkataan yang buruk; barangsiapa yang tidak takut bertemu dengan Allah maka hatinya tidak akan selamat dari yang haram dan yang subhat; barangsiapa yang tidak memutuskan harapannya dari makhluk, maka dia tidak akan selamat dari ketamakan; barangsiapa yang tidak memelihara amal ibadahnya, maka dia tidak akan selamat dari sifat riya'; barangsiapa yang tidak bermohon kepada Allah supaya dipelihara hatinya, maka dia tidak akan selamat dari sifat hasad; dan barangsiapa yang tidak melihat kepada orang yang lebih utama ilmu dan amalannya, maka dia tidak akan selamat dari sifat ujub".
Ungkapan Hikmah 8
Hasan Basri berkata:"Ditulis dalam kitab Taurat lima huruf, iaitu sesungguhnya cukup itu berada dalam sifat qanaah, sesungguhnya keselamatan itu berada pada uzlah (memutuskan bergaul dengan makhluk dengan jalan tidak baik), sesungguhnya kehormatan itu berada dalam meninggalkan nafsu syahwat, sesungguhnya kenikmatan itu berada dalam hari-hari yang panjang (di syurga yang kekal) dan sesungguhnya kesabaran itu berada dalam hari-hari yang sedikit (dunia)".
Ungkapan Hikmah 9
Kamil bin Ziyad meriwayatkan:
"bahawa pada suatu hari Ali bin Abi Talib menarik kedua belah tanganku, lalu aku dibawanya ke suatu tempat dan dia berkata kepadaku: "Wahai Kamil bin Ziyad, sebaik-baik hati ialah hati yang dipergunakan untuk mengendalikan ilmu. Ingatlah apa yang hendak aku katakan kepadamu: setiap manusia itu berbeza, ada di antara mereka seorang yang alim, sedangkan ilmu mereka selalu mengalami pasang surut dan ada pula beberapa orang di antara mereka yang tekun belajar sampai ia berhasil mencapai hajatnya, tetapi yang paling rendah ialah orang yang bodoh. Walaupun bermacam-macam keadaan mereka, semuanya condong ke kanan dan ke kiri apabila dihembus oleh angin. Tiada yangkuasa menyinari perjalanan dengan pengetahuan mereka".
Seterusnya Ali menyambung lagi: "Sesungguhnya ilmu itu lebih berharga daripada harta kekayaan, kerana bila engkau menjadi alim, engkau akan dijaga dan dibimbingnya. Berbeza dengan hartamu, dialah yang akan memperbudakkanmu untuk menjaganya dan melindunginya. Ilmu merupakan pengharum amal jasa, sedangkan harta akan bertambah habis dengan dibelanjakan. Ilmu adalah penegak keadilan dan harta peruntuhnya".
Ungkapan Hikmah 10
Umar bin Al-Khattab berkata:"Aku melihat semua teman dekat, maka aku tidak melihat teman dekat yang lebih utama daripada memelihara perkataan; aku melihat semua pakaian, maka aku tidak melihat pakaian yang lebih utama daripada wara'; aku melihat semua harta, maka aku tidak melihat harta yang lebih utama daripada qanaah; aku melihat semua kebaikan, tetapi aku tidak melihat kebaikan yang lebih utama daripada nasihat; dan aku melihat semua makanan, tetapi aku tidak melihat makanan yang lebih lazat daripada sabar".
Ungkapan Hikmah 11
Uthman bi Affan r.a. berkata:
"Ada enam perkara yang ditakuti oleh orang-orang yang beriman, iaitu takut kepada Allah jika imannya diambil; takut kepada malaikat pencatat amal perbuatan jika ia mencatat perkara-perkara yang memalukannya pada hari akhirat; takut kepada syaitan, bila ia merosakkan semua amalannya; takut kepada malaikat maut, kalau ia mencabut nyawa sedangkan diri dalam keadaan lalai; takut kepada dunia, jika menyibukkan diri hingga melupakan akhirat; dan takut kepada keluarga, kalau ia akan menyibukkan diri hingga lupa beramal kepada Allah SWT".
Ungkapan Hikmah 12
Umar bin Al-Khattab r.a. berkata:"Barangsiapa yang meninggalkan percakapan yang berlebihan, maka dia akan diberi hikmah;barangsiapa yang meninggalkan penglihatan yang berlebihan, maka dia akan diberikan kekhusyukan hati;barangsiapa yang meninggalkan makanan yang berlebihan, maka dia akan diberi kelazatan beribadah;barangsipa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, maka dia akan diberikan keutamaan;barangsiapa yang meninggalkan bersenda gurau, maka dia akan diberikan keutamaan yang baik;barangsiapa yang meninggalkan kecintaan kepada dunia, maka dia akan diberikan kecintaan terhadapakhirat; barangsiapa yang meninggalkan kesibukan mencari aib orang lain, maka dia akan diberikanuntuk memperbaiki dirinya sendiri; dan barangsiapa yang meninggalkan menginti-ngintip keadaan AllahSWT, maka dia akan diberikan kebebasan dari sifat munafik".
Ungkapan Hikmah 13
Yahya bin Muaz Ar-Razi berkata:
"Ilmu adalah petunjuk bagi amal, faham adalah kunci bagi ilmu, akal adalah pembimbing kepada kebaikan, hawa nafsu adalah kenderaan bagi dosa, harta adalah pakaian orang yang sombong dan dunia adalah pasarnya akhirat".
Ungkapan Hikmah 14
Hamid Al-Laqafi berkata:"Aku mencari yang empat rupanya ada dalam empat, akan tetapi aku tersesat melalui jalannya, tetapi kemudian aku dapat menemui empat yang lain, iaitu aku berusaha mencari kekayaan dalam harta, rupanya aku menemuinya dalam qanaah; aku ingin beristirehat dalam harta yang banyak, rupanya aku menemuinya dalam harta yang sedikit; aku ingin mencari kelazatan dalam kenikmatan, rupanya aku menemuinya dalam badan yang sihat; dan aku ingin mencari ilmu dalam perut yang kenyang, rupanya aku menemuinya dalam perut yang lapar".
Ungkapan Hikmah 15
Ibn Mas'ud r.a. berkata:
"Empat perkara yang menyebabkan hati seseorang itu menjadi gelap, iaitu perut yang terlalu kenyang tanpa memperkirakannya, bersahabat dengan orang-orang yang zalim, lupa terhadap dosa yang telah lalu, dan panjang angan-angan. Empat perkara pula yang menyebabkan hati menjadi terang, iaitu perut yang selalu lapar kerana memeriksa terlebih dahulu apa yang akan dimakan, bergaul dengan orang-orang soleh, mengingati dosa-dosa yang telah lalu, dan pendek angan-angan."
Ali bin Abi Talib r.a. berkata:
"Orang-orang yang tidak mempunyai sunnah Allah, sunnah RasulNya dan sunnah para waliNya, maka dia tidak mempunyai sesuatu apapun di tangannya". Ada orang bertanya: "Apakah yang dimaksudkan dengan sunnah Allah itu?" Maka Ali menjawab: "Menyembunyikan rahsia". Kemudian ada yang bertanya lagi: "Apakah yang dimaksudkan dengan sunnah Rasul itu?" Ali menjawab: "Bersikap ramah tamah terhadap sesama manusia". Kemudian ada yang bertanya lagi: "Apakah yang dimaksudkan dengan sunnah waliNya itu?" Ali menjawab: "Bersabar atas gangguan orang lain".
Ungkapan Hikmah 16
Muhammad bin Ad-Dauri berkata:"Iblis celaka kerana lima perkara, iaitu tidak mengakui dosa, tidak bersedih, tidak mencaci dirinya sendiri, tidak berazam untuk bertaubat dan berputus asa daripada rahmat Allah. Sedangkan Nabi Adam memperolehi bahagia kerana lima perkara, iaitu mengakui dosa, merasa sedih atas dosa yang dilakukannya, mencaci diri sendiri, segera bertaubat dan tidak berputus asa daripada rahmat Allah SWT."
Ungkapan Hikmah 17
Para Hukama berkata:
"Sesungguhnya berfikir itu ada lima macam, iaitu berfikir tentang ayat-ayat Allah akan melahirkan tauhid dan keyakinan, berfikir tentang ni'mat-ni'mat Allah akan melahirkan rasa cinta dan rasa syukur, berfikir tentang janji-janji Allah akan melahirkan rasa cinta kepada akhirat, berfikir tentang ancaman-ancaman Allah akan melahirkan rasa takut, dan berfikir tentang kelalaian dalam melakukan ketaatan serta kebaikan Allah akan melahirkan rasa malu".
Ungkapan Hikmah 18
Ali bin Abi Talib berkata:"Tidak ada kebaikan dalam solat tanpa adanya khusyuk, tidak ada kebaikan dalam puasa tanpa menahan percakapan yang tidak berguna, tidak ada kebaikan dalam membaca Al-Quran tanpa memikirkan isinya, tidak ada kebaikan dalam ilmu tanpa wara', tidak ada kebaikan dalam harta tanpa adanya sifat pemurah, tidak ada kebaikan dalam persaudaraan tanpa dipelihara, tidak ada kebaikan dalam nikmat jika nikmat tersebut tidak kekal, dan tidak ada kebaikan dalam berdoa tanpa keikhlasan".
Ungkapan Hikmah 19
Para Hukama berkata:
"Ada lima macam halangan untuk mencapai tingkat ketaqwaan, barangsiapa yang berhasil mengatasinya maka ia akan memperolehi ketaqwaan, iaitu memilih kesusahan daripada kenikmatan, memilih kesungguhan daripada kebebasan, memilih kelembutan daripada kekerasan, memilih diam daripada berbicara yang tidak berfaedah, dan memilih kematian daripada kehidupan".
Ungkapan Hikmah 20
Hasan Basri berkata:"Ketika saya sedang berjalan-jalan di kota Basrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi. Orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak mengelilinginya. Pada tangan masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta ubat untuk penyakit mereka. Kemudian pemuda ahli ibadah yang bersamaku maju ke depan lalu dia bertanya: "Wahai tabib, apakah kamu mempunyai ubat untuk membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati?" Maka tabib itu menjawab: "Ya, iaitu ambillah akar kayu kefakiran disertai dengan akar pokok kayu kerendahan diri, jadikan padanya taubat, simpanlah ke dalam tempat keredhaan, tumbuklah dengan pasak qanaah, simpanlah dalam kuali ketaqwaan , lalu tuangkanlah padanya air malu, didihkan dengan api cinta, tuangkan ke gelas syukur, selepas itu kipaslah dengan kipas harapan, minumlah dengan senduk pujian, sesungguhnya jika kamu mengerjakan perkara itu maka akan menjadi penawar bagimu dari semua penyakit serta bencana di dunia mahupun di akhirat".
Ungkapan Hikmah 21
Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata:
"Sesungguhnya iblis berdiri di hadapanmu, nafsu ada di sebelah kananmu, keinginan ada di sebelah kirimu, dunia ada di belakangmu, seluruh anggota badan ada di sekelilingmu dan Zat Yang Maha Perkasa ada di atasmu. Iblis yang dilaknati Allah mengajakmu untuk meninggalkan agama, nafsu mengajakmu untuk berbuat maksiat, keinginan mengajakmu kepada syahwat, dunia mengajakmu untuk memilihnya daripada akhirat, semua anggota badan mengajakmu supaya berbuat dosa, dan Zat Yang Maha Perkasa mengajakmu kepada syurga dan keampunanNya".
Kisah: Titisan Air Mata Abu Bakar As Sidiq
Bismiilahirrahminrahim
Dialah org pertama yg mempercayai kenabian Muhammad s.a.w dari kalangan kaum lelaki. Dia juga sahabat Nabi yg selalu menyertai baginda dalam menegakkan dan memperjuangkan ajaran Allah (Islam) hingga ke akhir hayatnya. DIa lebih utama dari org yg utama, lebih unggul dari org yg unggul sekalipun. Tentang keperibadian yg dimiliki sahabat yg sangat dihormati oleh rasulullah s.a.w ini sehingga dijelaskan dalam ayat Al-Quran "Tidak sama diantara kamu org yg menafkah (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (kota makkah). (Surah Al Hadid:10)
Dalam kitab Mustadrak Al-Hakim dan Musnad AL-Bazzar, disebutkan sebuah hadis dgn sanad yg baik, dari Zaid bin Arqam r.a bahwa pada suatu ketika Abu Bakar r.a meminta seteguk air sebagai pelepas dahaga. Maka dihidangkan kepadanya semangkuk air yg diberi madu. Ketika tepi mangkuk berisi air bercampur madu menyentuh bibir ABu Bakar, seketika itulah menangislah beliau dan terhenti utk meminumnya. Org-org yg berada disekitarnya terharu menyaksikan pemandangan tersebut hingga mereka pun turut menangis. Sejenak kemudian tangis mereka reda, tetapi tangis Abu Bakar tetap terdengar malah kian memilukan, akhirnya para sahabat yg lainnya pun ikut kembali menangis. Selang beberapa saat mereka semua berhenti menangis, lalu mrk bertanya kepada Abu Bakar. "Wahai ABu Bakar, Khalifah Rasulullah, mengapa anda menangis ? Abu Bakar menjawab " pernah suatu ketika aku hanya berdua bersama Rasulullah s.a.w, baginda bersabda yg dari nadanya agaknya tertuju kepada seorg wanita : "hai pergilah engkau dariku, pergilah!" Maka aku bertanya kepada baginda. "Ya Rasulullah sebenarnya anda berkata kepada siapa ? Bukankah disini tidak ada org lain selain dari saya" Nabi s.a.w bersabda "Sesungguhnya dunia ini nampak bersolek dihadapanku, maka aku berkata kepada pergilah kamu dari ku pergilah kamu dariku!. Lalu dunia ini berkata: "Kalaulah engkau wahai nabi dapat lepas dari ku, tetapi org-org setelah engkau sama sekali tidak akan lepas dari godaanku" Hal ini lah yg membuatkanku menangis tersedu-sedu.
Kata kata hikmat Tuk Kenali :
1. Hendaklah anda menguasai dua ilmu: Ilmu Syara'(Tauhid,Fiqh,Tasawwuf, dll) dan Ilmu Politik (Sosial,Ekonomi dll).
2. Ikut bapamu; tetapi takutkan Allah.
3. Seandainya tidak digunakan hadzaf (qai'dah membuang sebahagian perkataan) dan takdir (mengira-ngirakan sahaja maksud tanpa perkataan) pastilah keledai pun boleh memahami bahasa Arab.
4. (Mempelajari ilmu itu) janganlah mencukupi dengan sebuah dua kitab sahaja.
5. Belanjakanlah apa yang ada dalam saku, nanti akan dibawakan anda rezeki daripada pihak Yang Maha Ghaib (Penyedia Peruntukan)
Pesan Tuk Kenali
Menurut Tuk Kenali, syarat memperolehi pengetahuan itu ialah menerusi 5 jalan iaitu :-
1. Mesti mencarinya sendiri; sebab dia buakanlah warisan ibu bapa.
2. Mempelajari ilmu dipusatnya. Dimasa lalu dan kini juga, kota Makkah; juga Madinah merupakan pusat ilmu keislaman.
3. Bersabar mengulangi tempat belajar mengikut iklim dan keadaan alam sekitar berkenaan.
4. Banyakan menggunakan pemerhatian mengenai punca atau sumber ilmu; terhadap alam nyata dan alam yang tersirat.
5. Mempelajari ilmu daripada kitab kitab besar: yang dapat dipegangi dan mempunyai keterangan yang lanjut, dimana kitab itu sebagai guru yang sedia untuk menjawab segala pertanyaan dan kemusykilan pembaca
0 komentar:
Posting Komentar